Khusyuk dlm solat????

Posted on 6:54 PM by PeJuaNg IsLaM


Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya daripada perbuatan buruk dan kemungkaran, maka orang itu tidaklah ditambahkan oleh Allah melainkan jauh ( dari kebenaran ; penyunting)..(diriwayat oleh Thabrani)


Di sini cukup untuk menjelaskan bahawa solat seseorg yang lalai itu tidak mungkin dapat mencegah dirinya dari kejahatan dan kemungkaran.

Sabda Rasulullah lg yg bermaksud:-

"Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mereka tidak dapat apa2 melainkan lapar & dahaga dan ramai yang mendirikan solat, tapi ia tidak peroleh apa2 daripada solatnya itu melainkan penat lelah semata-mata." (diriwayat oleh nasa'i dan ibnu majah)

hadith ini bermaksud org yg lalai dan leka dalam solatnya.


Sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Tidaklah seseorg hamba itu diberi pahala dalam solatnya melainkan apa - apa yang dihadiri oleh akalnya." (diriwayatkan oleh Abu Mansur Ad Dailami)

Dengan ini nyata dan jelas bahawa bermunajat dalam keadaan lalai, bukanlah munajat namanya.

Contohnya, seseorang itu berkata bahawa dia ingin ke sesuatu tempat pada keesokan hari..namun pada malam itu dier tido dan mengigau dan mngatakan perkara yg sama yg diucapkan pada siang harinya,tentu perkara yang diucapkan pada masa tido itu tidak dianggap sebagai ucapannya..


Jadi kita sudah tentu faham bahawa tujuan daripada bacaan solat serta zikir-zikirnya itu ialah untuk memanjatkan puji-pujian, merendahkan diri dan berdoa, dan yang diajaknya berbicara itu adalah Allah SWT. Sekiranya hati tertutup kerana kelalaian, maka sihalang seseorang itu dari Zat Allah SWT, maka tidak mungkin ia dapat menyaksikan atau melihat dengan mata hatinya..

bahkan, kerana kelalaianya terhadap orang yang diajak berbicara itu, lidahnya hanya bergerak seperti sudah menjadi adat kebiasaan sahaja. perkataannya hanyalah sekadar di bibir sahaja dan tidak mendalam hingga ke dalam kalbu(hati)..

Alangkah jauhnya maksud solat jikalau dilaksanakan sebagaimana yang di atas. Padahal solat itu diperintahkan untuk menjernihkan hati , memperbaharui ingatan kepada Allah SWT dan untuk meresapkan ikatan keimanan ke dalam jiwa. Oleh sebab itu, kehadiran hati adalah roh atau jiwa solat.