MASJID...UTK GOLONGAN MUDA ATAU TUA??

Posted on 11:36 PM by PeJuaNg IsLaM

Di simpang masuk ke Jalan Masjid, berkumpul sekumpulan pemuda. Tiba-tiba datang seorang pakcik.

"Mari anak-anak, jom kita ke masjid solat berjemaah," seru pakcik tersebut.

"Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagilah, dah tua nanti kami tahulah pergi masjid sendiri!" jawab seorang pemuda daripada kumpulan tersebut.

Wajah pakcik itu nampak berdukacita. Apa yang mampu dilakukannya, masalah Iman ummat akhir zaman akan bertindak sebegitu.

Masjid Untuk Orang Tua 'Senja'?

Alasan seorang ayah untuk anaknya yang masih kecil, "Budak-budak tak payah pergi masjidlah, lari-lari buat bising je. Buat orang tua sembahyang tak khusyuk! Dahlah, pergi tengok TV lagi bagus."

Alasan seorang ayah untuk anaknya yang meningkat dewasa, "Emm.. Budak ni dah besar dah. Pandailah dia fikir sendiri, kubur masing-masing. Bila hidayah dah sampai nanti, datanglah dia ke masjid tu!".

Waktu kanak-kanak dikatakan membuat bising di dalam masjid, bila dah besar pandai-pandai fikir sendiri pula alasannya. Segelintir ibu bapa seolah-olah lepas tangan tentang soal ibadat anak mereka terutamanya solat berjemaah.

Maka tidak hairanlah masjid lengang dengan golongan muda dan yang ada kebanyakannya adalah dari golongan berumur.

Salah siapa?

Adat Atau Ibadat?

Kebiasaannya, masjid akan diisi oleh golongan tua yang kebanyakan adalah dari 'Kelab Orang-Orang Pencen'. Kebanyakkan mereka menghabiskan masa pencen mereka dengan beribadat kepada Allah dengan solat berjemaah di masjid.

Alhamdulillah, mereka sekurang-kurangnya mempunyai fikiran tentang ibadat mereka berbanding mereka yang masih belum sedar.

Tetapi, adakah ia sebagai satu ibadat atau satu adat? Apakah apabila tiba usia emas, semua orang Islam baru kena banyakkan ibadat? Adakah waktu muda adalah waktu umtuk bersuka ria dan mencari harta?

Terpulanglah apa pun jawapannya, Allah sahaja yang membalasnya.

Kalau Tak Sempat Tua Bagaimana?

Berbalik pada kisah yang awal tadi (kisah seorang pakcik dengan sekumpulan pemuda), terfikirkah anda tentang kenyataan balas pemuda tadi?

"Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagilah, dah tua nanti kami tahulah pergi masjid sendiri!"

Kami muda lagi? Adakah sunnah berjemaah di masjid hanya untuk orang tua sahaja? Bagaimana pula jika seseorang itu tak sempat tua?

Jangan fikir kita di usia muda mustahil terlepas dari kematian! Tidakkah kita melihat rakan-rakan kita yang meninggal dunia dalam usia muda?

Mati kemalangan, mati mengejut (selalunya sakit jantung), dan pembunuhan. Adakah itu bukan satu kematian?

Mati tidak kira tua atau muda, jika sudah sampai ajalnya.. semua orang akan merasai kematian.

Apabila mati, hanya amalan sahaja yang kita bawa menghadap Allah. Bagaimana jika amalan kita tidak banyak? Adakah kita akan menjawab di hadapan Allah, "Aku mati muda Ya Allah. Tak sempat buat amal Kau dah matikan aku". Adakah begitu?

Bangkitlah Wahai Orang Muda

Di antara golongan yang mendapat perlindungan di padang mahsyar ialah pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.

Sewaktu rakan-rakan sebaya kita memenuhkan ruang disko di masa azan Maghrib berkumandang, marilah kita memenuhkan rumah-rumah Allah.

Sesungguhnya Allah menyayangi orang yang beribadat, tetapi Allah LEBIH menyayangi orang MUDA yang beribadat.

Golongan muda adalah tiang kepada masyarakat, jika roboh tiang itu maka akan rosaklah masyarakat. Cuba kita bayangkan jika semua orang-orang berumur di masjid itu telah tiada, siapakah yang akan mengimarahkan rumah Allah?

Jangan sampai cicak yang ada di siling masjid itu yang bertasbih kepada Allah bersendiri tanpa kehadiran makhluk Allah yang istimewa bernama manusia!

Koreksi diri di usia muda, mudah-mudahan mendapat bahagia.

-Artikel Iluvislam.com

TIKET KE SYURGA

Posted on 11:25 PM by PeJuaNg IsLaM

Setiap manusia pasti mengimpikan syurga. Membayangkan diri bertelekan di atas dipan-dipan yang indah atau membayangkan diri berjalan sambil berlagu merdu di taman yang segar penuh keharuman, menebarkan harumnya bunga-bungaan di taman firdausi. Sungguh mengasyikkan. Namun tidak mudah untuk kita memasukinya kerana terdapat pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi.

Sebagai hamba Allah, kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa menjalankan syariat-syariat agama dalam usaha mencari keredhaanNya. Hadiah berupa tiket ke syurga ini adalah hadiah yang paling tinggi nilainya daripada segala kenikmatan di dunia. Oleh kerana manusia tidak akan pasti dapat masuk ke syurga, maka banyak insan yang keraguan,gelisah dan bimbang. Sepanjang zaman manusia selalu berdoa kepada Allah agar ditujukkan jalan yang lurus agar dapat menggapai syurga.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus bererti tunjuki kami jalan ke syurga. Inilah idaman setiap insan. Inilah cita-cita setiap manusia yang berakal. Di syurga,Allah swt telah menjanjikan pelbagai kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Laksana taman-taman syurga di mana terdapat dua bentuk taman sebagaimana hadis Rasulullah yang bermaksud:

01.
Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya.

02.
Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yangada padanya.



Subhanallah!Sahabatku,betapa indahnya kenikmatan syurga Allah ini yang disediakan khusus buat para muslimin dan muslimat.

Syurga itu bertingkat-tingkat,antara tingkat syurga adalah:
Syurga Firdaus
Surga 'Adn
Syurga Na'iim
Syurga Na'wa
Syurga Darussalaam
Daarul Muaqaamah
Al-Muqqamul Amin
Syurga Khuldi

Adapun tingkat syurga paling tinggi darjatnya dinamakan Al-Firdaus. Di atas Al-Firdaus inilah terletak Arsy Rahman (mahligai Tuhan). Subhanallah, syurga ini terletak di bawah Arsy.

Sahabatku, terdapat banyak keistimewaan syurga Al-Firdaus. Antaranya ialah penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Inilah nikmat tertinggi yang boleh kita perolehi. Bukan itu sahaja, di tempat yang penuh dengan kenikmatan ini juga Allah telah menciptakan para bidadari yang menawan,cantik dan sempurna keanggunannya serta mempunyai wajah yang bersinar bagai bulan.

Sekurang-kurangnya, penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari) mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Bagaimana pula dengan makanan penduduk syurga? Penduduk syurga itu akan dihidangkan makanan dan minuman yang lazat dan sangat menyelerakan antaranya buah-buahan yang ranum dan pelbagai lagi hidangan yang tidak terbayang kelazatanya.

Alangkah indahnya jika ditakdirkan kita semua ke syurga.Kerana perkampungan akhirat itu adalah pasti,hendaklah kita bermohon kepada Allah untuk beroleh kenikmatan sebegini.Sebagaimana firman Allah SWT:

Ini adalah kehormatan(bagi mereka),dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar(disediakan)tempat kembali yang baik (iaitu)syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.Di dalamnya mereka bertelekan(di atas dipan-dipan)sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu). (Surah Sad:49)

Semoga kita semua akan ditempatkan di syurga Allah SWT kelak serta sentiasa memperoleh rahmat dan keredhaanNya.

maksiat boleh dilakukan dlm 3 keadaan?

Posted on 10:03 AM by PeJuaNg IsLaM

"Apa salahnya aku buat maksiat.. apa salahnya aku berzina.. apa salahnya aku minum arak.. " Kata seorang hamba Allah yang lupa dirinya adalah seorang hamba..



Dia berkata lagi "Aku bukan minum arak guna duit hang pun.. Aku bukannya berzina kat rumah hang.."



Berhadapan dengan seorang perempuan seperti ini memang cukup menyentuh hati. Apatah lagi apabila berhadapan dengan lelaki, yang tidak kurang pedas lidahnya.



"Beginilah.. " Saya memulakan bicara dengan nada yang paling lembut.



"Kalau adik rasa nak berzina atau minum arak.. boleh.. memang tak salah.. Tapi dengan 3 syarat" Sambung saya lagi.



"Syarat? Boleh berzina atau minum arak kalau menepati syarat-syaratnya?" Perempuan muda ini menyambung lagi..



Di dalam hati saya berbisik "Memang si adik ni dah tahu berzina dan minum arak tu salah.. tapi dia keliru.."



Saya berkata "Ya, adik boleh buat maksiat di dunia yang lain, yang bukan diciptakan oleh Allah.. Sekarang ni adik sedang mendiami dunia yang Allah cipta. Pergilah cari dunia yang bukan Allah cipta. Di sana, bolehlah adik buat maksiat.. Setakat ini, saya tak pernah tahu ada dunia lain yang bukan ciptaan Allah."



Saya menambah lagi "Adik juga boleh buat maksiat di mana-mana tempat yang tidak dilihat oleh Allah.. Pergilah cari tempat yang Allah tak nampak..kalau boleh"



"Yang ketiga, adik juga boleh buat maksiat dengan menggunakan anggota yang bukan diciptakan oleh Allah. Sekarang ni, adik punya tangan Allah yang cipta. Kaki adik juga Allah yang cipta. Mata.. perut .. semuanya Allah yang cipta. Jadi, kalau nak buat maksiat, ciptalah sendiri anggota tersebut kalau boleh"



Dengan mimik wajah yang keliru, dia terdiam seketika.. Seperti "mencari akal" untuk menjawab..



"Kenapa encik sibuk-sibuk nak jaga tepi kain saya..? Suka hatilah saya nak buat maksiat ke apa. Biarlah saya masuk neraka sorang-sorang" Katanya dengan nada yang agak kasar bagi seorang perempuan.



"Erm.. adik.. Nanti kalau adik mati nanti, siapa yang nak kebumikan jasad adik? Boleh tak adik kambus jasad adik seorang diri? Bolehkah adik mandikan jenazah adik sendiri?" Saya cuba menimbulkan persoalan...



"Beginilah.. kalau adik tak nak saya menyibuk tepi kain adik, bila dah mati nanti jangan nyusahkan orang lain.. Jangan nyusahkan orang lain untuk kebumikan adik.. jangan nyusahkan orang lain untuk mandikan jenazah adik. Jangan nyusahkan orang untuk sembahyangkan jenazah adik.. "



Saya menyambung lagi "Kalau adik boleh buat semua ni, tak perlulah saya dan kawan-kawan sibuk jaga tepi kain adik.."



Mimiknya menampakkan seolah-olah masih mencari akal.. "Buat apa korang sibuk-sibuk solatkan jenazah saya? Biarlah saya mati sorang-sorang.."



Saya menjawab lagi "Saya solatkan jenazah adik sebab Allah suruh.. Allah suruh solatkan jenazah sesiapa saja yang beragama Islam.. walaupun jenazah tu buat maksiat.."



"Walaupun adik buat maksiat kepada Allah, Allah tetap suruh manusia yang lain untuk mensolatkan jenazah adik.. "



"Kalau adik tak nak kami solatkan jenazah adik, pergilah cari dunia lain untuk mati di sana. Jangan mati kat dunia ni."



"Dunia ni Allah yang cipta, orang Islam yang mati perlu disolatkan jenazahnya.. Ini perintah Allah. Kalau adik tak mahu saya jaga tepi kain adik, pergilah cari dunia lain yang bukan Allah cipta, dan kemudian mati di sana."



Di dalam hati adik tersebut seolah-olah ingin berkata .. "Ya, aku pergi cari dunia lain sekarang juga.. Eh.. nak cari kat mana?"



Semoga dialog di atas memberi pengajaran kepada saya dan anda.. Apabila anda meneliti satu persatu, jawapan yang sebenar ialah "tak boleh buat maksiat!" Cuma, kadangkala kita terpaksa menggunakan pelbagai teknik untuk memahamkan orang. Antaranya seperti dialog di atas.

~~~~SEBAIK-BAIK WANITA~~~~

Posted on 9:13 AM by PeJuaNg IsLaM


Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku t...idak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.

Renungan Untuk Wanita

Posted on 11:25 PM by PeJuaNg IsLaM


Ali bin Abi Talib (kwj) berkata bahawa dia telah masuk ke rumah Rasulullah S.A.W. bersama dgn Fatimah. Mereka mendapati (setelah bertemu), bahawa Rasulullah S.A.W. sedang menangis tersedu - sedu. Maka Ali bertanya kepada baginda: "Apakah sebab engkau menangis wahai Rasulullah?" Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda :

"Wahai Ali, Aku telah dibawa berjalan ke langit pada suatu malam. Aku mendapati ramai perempuan dari umatku yg diisikan di dalam neraka jahanam dengan berbagai - bagai azab. Ketika itu juga aku menangis kerana melihat mereka diseksa dgn penuh azab. aku melihat ada di antara mereka yang di gantung dengan rambutnya, ada pula yg mengelegak otak mereka, ada yg digantung dengan lidahnya, ada yang dituang air panas mendidih ke dalam mulutnya dan sesetengahnya pula ada yg diikat kakinya di bahagian teteknya, manakala kedua-dua belah tangannya diikat di bahagian ubun - ubun kepalanya, ditambah dengan seksaan ular dan kala jengking. Sesetengah pula digantung dengan teteknya, ada pula kepalanya menjadi kepala babi dan badannya menjadi badan keldai. Di atas langit itu, terdapat beribu - ribu azab dan diantaranya ada yang berwajah anjing, api neraka masuk dari mulutnya dan keluar melalui duburnya dan malaikat memukul kepalanya dengan tongkat besi."


Kemudian Fatimah r.a berdiri dan berkata: "Wahai kekasihku, penyejuk mataku, apakah dosa mereka itu sehingga di seksa sedemikian?"

Maka jawab Rasulullah S.A.W:

" Wahai anakku Fatimah:

Yang digantung dgn rambutnya itu ialah perempuan (isteri) yg tidak bertudung kepala di hadapan lelaki lain selain suaminya.

Perempuan yg digantung dgn lidahnya ialah perempuan yg mnyakiti hati suaminya dgn lidahnya.

Perempuan yg digantung dgn teteknya ialah perempuan yg suka melakukan maksiat tanpa pengetahuan suaminya.

Perempuan yg dipasak ( diikat) kakinya di bahagian teteknya dan kedua - dua belah tangannya diikat pada bahagian ubun - ubun kepalanya dan diisi dengan patukan ular dan gigitan kala jengking itu ialah perempuan yg tidak mandi junub dan memandang ringan terhadap sembahyang.

Kepalanya berkepala babi dan badannya berbadan keldai ialah perempuan yg suka mengada - adakan sesuatu yg tidak ada, iaitu bercakap bohong.

Perempuan yang berupa anjing dan api neraka masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya ialah perempuan yg suka menghasut, menfitnah dan hasad dengki."..


renung2kanlah wahai wanita2 sekalian...

hebatnya cinta sahabat pada Rasulullah

Posted on 9:39 AM by PeJuaNg IsLaM


Ibnu Asakir telah meriwayatkan dengan sanad yang bagus, sebagaimana yg dinaskan oleh Al-Hafiz Az-Zarqani, daripada bilal r.a bahawasanya apabila dia berhenti di Badaria (nama sebuah tempat dekat dengan negeri Syam), pada malamnya dia bermimpi Rasulullah telah datang kepadanya, yakni sesudah wafatnya baginda, lalu berkata : Wahai Bilal! Mengapa kau lupakan aku sekarang? Tidakkah kau teringat hendak menziarahiku?! Maka Bilal pun tersedar dari tidurnya dalam keadaan sedih dan takut. Lalu dia pun berangkat menuju ke Madinah, seraya terus mendatangi makam Rasulullah S.A.W. Dia terus menangis dan menggesel-geselkan mukanya ke atas makam Nabi S.A.W. itu.


Tidak beberapa lama, datanglah pula Al-Hasan dan Al-Husain radhiallahu-anhuma, maka Bilal pun memeluk mereka dan menciumi mereka. Terasa bau haruman Rasulullah S.A.W. pada cucu - cucu baginda. Berkata keduanya kepada Bilal pula: Wahai Bilal! Kami ingin mendengar azanmu yang dahulu pernah kau azan untuk Rasulullah S.A.W. di masjid. Bilal terus naik ke atas sutuh masjid itu, dan dia pun berdiri di tempat yang biasa dia berdiri untuk azan. Apabila dia menyebut 'Allahu Akbar, Allahu Akbar' bergoncang kota Madinah. Apabila dia mengucapkan 'Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah!', makin bertambah kegoncangannya. Kemudian apabila dia mengucapkan 'Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah!', keluarlah kaum wanita dari rumah-rumah mereka, seraya berkata: Apakah Rasulullah S.A.W. telah dibangkitkan semula? Tidak pernah berlaku di kota Madinah suatu hari di mana ramai orang yang menangis, lelaki dan perempuan sesudah Nabi wafat seperti yang berlaku pada hari itu.


Semua itu berlaku kerana mereka mengenang masa - masa mereka bersama - sama Rasulullah S.A.W. disebabkan mendengar azan tadi daripada mu'azzin Nabi, iaitu Saidina Bilal r.a.

Kenal....

Posted on 4:14 AM by PeJuaNg IsLaM

Zat Allah dpt diketahui dgn menggunakan akal fikiran bahkan dapat dikenali dengan penglihtan semasa berada di dalam syurga nanti. Perkara ini merupakan nikmat dari-Nya serta belas kasihan untuk orang2 yg berbakti kepada-Nya, juga sebagai penyempurnaan nikmat yg dikurniakan-Nya iaitu dgn menyaksikn sendiri wajah-Nya Yang Maha Mulia.


Dia adalah tuhan yg Maha Luhur, Maha Hidup, Pemaksa, Pemberi Balasan, yg tidak akan dihinggapi sifat lalai serta lemah, tidak mengantuk ataupun tidur, juga tidak rosak atau mati. Dia adalah Tuhan Yg Maha Satu dan Sendiri dlm mncpta dan mbuat segala yg baru, Maha Esa dlm mjdikan dan mbntuk sesuatu.

Dia Maha mngetahui segala sesuatu, meliputi segala perkara atau peristiwa yg terjadi, melalui dari dasar tanah hingga ke puncak langit, tidak terhalang daripada penglihatan-Nya sekalipun seberat debu yang ada di bumi ataupun di langit, bahkan Dia mengetahui pergerakan seekor semut hitam pada waktu malam yg kelam, yg bjln di atas batu licin yg berwarna hitam.

Dia mngetahui bagaimana gerakan debu di tgh2 cakerawala ini. Dia Maha Mengetahui segala yg drahsiakan atau yg dsembunyikan. Dia jga Mengetahui apa2 yg terlintas dalam kalbu, apa2 yg tergerak dalam ingatan ataupun rahsia yg dsembunyikan. Semua itu dimakluminya dengan sifat ilmu-Nya yg dahulu sejak azali. Sifat yg sedemikian ini telah dimiliki oleh-Nya sejak dari azali.

Allah Maha Mengetahui terhadap segala yg wujud, Maha Pengatur segala yang terjadi, maka tidak ada sesuatu pun yg berlaku dalam kerajaan dan pemerintahan-Nya, melainkan semuanya itu pasti bersebab ditetapkan oleh qadak dan takdir-Nya, dengan kebijaksanaan dan kemahuan-Nya.

Oleh sbb itu, apa shj yg dikehendaki-Nya tentu terlaksana dan apa yg tidak dikehendaki-Nya tentu tidak dapat dilaksanakan dan tidak ada yg dpt menghlg kptsn yg telah dtetapkan oleh-Nya. Tidak ada sesuatu makhluk pun yg dpt menyalahkan hukum-Nya.

Allah Maha Mendgr dan Maha Melihat. Tiada sesuatu pun yg terhlg dari pendgran-Nya, sekalipun halus. Tiada satu pun yg terhlg dari penglihatan-Nya, sekalipun amat kecil saiznya. Pndgran-Nya tidak tbatas dgn jrak yg jauh da penglhatan-Nya pula tidak terbts kerana ketiadaan cahaya atau gelap.

Pendgran serta penglihatan-Nya itu tidaklah sama dgn pndgran atau penglihatan yg dimiliki oleh makhluk, sebagaimana zat-Nya juga tidak menyamai zat yg dimiliki oleh makhluk ciptaan-Nya.

Allah Maha Berfirman, Pemberi Perintah dan Larangan, Pemberi Janji dan Ancaman. Al-Quran, Taurat, Injil, dan Zabur adalah kitab yg diturunkan oleh-Nya kepada para rasul-Nya dengan cara berfirman yg merupakan sifat zat-Nya dan bukan merupakan makhluk daripada sekian makhluk-Nya yg lain.

Bahawasanya, al-Quranadalah firman Allah yg bkan makhluk. Jika al-Quran adalah makhluk, tentulah al-Quran akan rosak dan hilang. Al-Quran bukan pula sifat daripada makhluk, sebb jka demikian sifatnya, sudah tentu al-Quran akan musnah.