la tahzan

Posted on 3:02 AM by PeJuaNg IsLaM

...Dengan Nama Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Saudara/saudari..Allah benar janji-Nya.Allah telah menentukan sesuatu. yang hilang tidak bermakna binasa.Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil,berbanding dengan banyak yang telah Allah beri kepada kita. Cuba kita renung firman Allah ini

"Dan Dia memberikan kepadamu apa yang kamu mohonkan kepada- Nya.Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)"
(Ibrahim 14: 34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Rezeki yang melimpah ruah. Pandangan di sekitar kita. Apa yang kurang??tidak ada apa yang kurang, sahabatku.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih?? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik??Allah tarik sesuatu untuk Allah memberikan sesuatu yang lain.. Ini tidak mustahil

Dalam masalah percintaan pula..mungkin kita sedih kerana kita menganggap lelaki yang terbaik bagi kita sudah meninggalkan kita..sedangkan kita tidak mengetahui bahawa Allah telah menetapkan lelaki yg terbaik bg kita..mungkin lebih baik dari yg kita hrpkan...
kita hanya boleh berusaha dengan berdoa kepada Allah dan memperbaiki diri kita supaya menjd lebih baik..agar pasangan kita adalah yg lbih baik dari kita..Renungkan ayat ini..

"Perempuan - perempuan yg keji untuk lelaki - lelaki yg keji, dan lelaki- lelaki yang keji untuk perempuan - perembuan yang keji (pula), sedangkan perempuan - perempuan yang baik untuk lelaki - lelaki yang baik, dan lelaki - lelaki yang baik untuk perempuan - perempuan yang baik (pula). mereka itu bersih dri apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga)." (an-Nur, ayat 26)

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya.Yakinlah.

"jangan takut, jangan berdukacita." (al-'Ankabut ayat 33)

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis??? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itulah masalah yang besar sebenarnya. Sebab itu mujahadatun-nafs - melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis telah bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. mereka akan berusaha untuk melakukan itu secara berterusan, sejak daripada kita kecil, dewasa hingga kita kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi.
Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan perbadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia akan mnjdi manusia yg tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Sahabat sekalian,

Yakinlah dengan janji Allah ini.. Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. kita setakat berusaha, Allah jua yg menentukan.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (al-Baqarah, ayat 286)

Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment