hebatnya cinta sahabat pada Rasulullah
Posted on 9:39 AM by PeJuaNg IsLaM
Ibnu Asakir telah meriwayatkan dengan sanad yang bagus, sebagaimana yg dinaskan oleh Al-Hafiz Az-Zarqani, daripada bilal r.a bahawasanya apabila dia berhenti di Badaria (nama sebuah tempat dekat dengan negeri Syam), pada malamnya dia bermimpi Rasulullah telah datang kepadanya, yakni sesudah wafatnya baginda, lalu berkata : Wahai Bilal! Mengapa kau lupakan aku sekarang? Tidakkah kau teringat hendak menziarahiku?! Maka Bilal pun tersedar dari tidurnya dalam keadaan sedih dan takut. Lalu dia pun berangkat menuju ke Madinah, seraya terus mendatangi makam Rasulullah S.A.W. Dia terus menangis dan menggesel-geselkan mukanya ke atas makam Nabi S.A.W. itu.
Tidak beberapa lama, datanglah pula Al-Hasan dan Al-Husain radhiallahu-anhuma, maka Bilal pun memeluk mereka dan menciumi mereka. Terasa bau haruman Rasulullah S.A.W. pada cucu - cucu baginda. Berkata keduanya kepada Bilal pula: Wahai Bilal! Kami ingin mendengar azanmu yang dahulu pernah kau azan untuk Rasulullah S.A.W. di masjid. Bilal terus naik ke atas sutuh masjid itu, dan dia pun berdiri di tempat yang biasa dia berdiri untuk azan. Apabila dia menyebut 'Allahu Akbar, Allahu Akbar' bergoncang kota Madinah. Apabila dia mengucapkan 'Asyhadu Allaa Ilaaha Illallaah!', makin bertambah kegoncangannya. Kemudian apabila dia mengucapkan 'Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah!', keluarlah kaum wanita dari rumah-rumah mereka, seraya berkata: Apakah Rasulullah S.A.W. telah dibangkitkan semula? Tidak pernah berlaku di kota Madinah suatu hari di mana ramai orang yang menangis, lelaki dan perempuan sesudah Nabi wafat seperti yang berlaku pada hari itu.
Semua itu berlaku kerana mereka mengenang masa - masa mereka bersama - sama Rasulullah S.A.W. disebabkan mendengar azan tadi daripada mu'azzin Nabi, iaitu Saidina Bilal r.a.
0 comments:
Post a Comment